Friday, July 3, 2009

Apakah Score A Program?

Score A Program merupakan satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Apakah Pembelajaran Output?

Satu kaedah pembelajaran untuk melatih pelajar mencurahkan serta menggunakan segala ilmu yang dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Program.
Kaedah pembelajaran output tradisional (seperti buku).

  • Kene periksa jawapan sendiri.
  • Tidak boleh mengulang soalan.
  • Tiada pemantauan masa.

Apakah Pembelajaran Input?

Proses memuat turun maklumat ke dalam sel-sel otak manusia. Proses ini berlaku apabila seseorang pelajar itu menghadiri kelas-kelas di sekolah ataupun kelas-kelas tambahan di pusat tuisyen, membaca, mengulangkaji mahupun menghafal. Kebanyakan pelajar hanya mengamalkan pembelajaran input dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka.

Mengapa Pelajar Memerlukan Score A Program?

Score A Program telah direka khas secara terperinci sebagai satu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Program, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akedemik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka pelajari di sekolah. Score A Program member peluang kepada pejar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Adakah Score A Program Membebankan Pelajar?

TIDAK. Score A bukan satu pengulangan kaedah pembelajaran input. Dengan itu ia tidak akan membebankan pelajar.

Perlukah Pelajar Mengikuti Score A Program Jika Sekarang Mereka Menghadiri Kelas Tuisyen?

PERLU. Tuisyen adalah satu lagi kaedah pembelajaran input. Sebenarnya Score A Program merupakan pelengkap yang baik untuk akedemik pelajar.